Sejak semalam aku merasakan diri aku sungguh tak bermaya, aku tidak mengetahui puncanya. Adakah disebabkan SMS yang diterima aku oleh seseorang? atau warning atau ingatan yang diberikan seseorang. Hati aku remuk bagai hampas kelapa, entahlah.
.jpg)
Semalam juga aku menjadi emosional, suatu sikap yang sudah lama aku buang dalam diri aku, tidak tahu mengapa ia datang kembali. Untuk meredakan ketegangan aku pergi ke open house hari raya, tetapi malangnya hujan terlampau lebat dan aku gagal mencari destinasi yang ditujui hingga aku hampir terlibat dalam kemalangan, aku maklumkan kepada tuan rumah open house tersebut, aku terpaksa membatalkan kunjungan. Dalam kegelapan malam ditemani hujan yang lebat aku memberhentikan kereta aku dan berehat di sebuah restoran. Detik itu air mata aku mengalir mencurah-curah seperti air hujan yang membasahi bumi. Suatu lagi perkara yang sudah lama aku tidak alami.

Awal pagi aku berjumpa Dr. ............ memandangkan keadaan aku sudah bertambah teruk,
Dr : Kenapa mata you nampak bengkak?
Aku : takdelah dr, biasa je.
Dr : tapi nampak bengkak la, you tak cukup rehat ke?
Aku : saya tidak boleh tidur lena semalam.
Dr : Ada masalah lain?
Aku : ada iaitu....................................................................
Dr : ok saya bagi ubat ni dahulu, kalau tak ok khamis ni datang lagi, dan harap you dapat rehat yang cukup.
Aku : ok, terima kasih Dr.

Pulang ke rumah aku dapat melihat ada pangilan yang masuk, begitu juga dengan SMS, tiba-tiba aku merasakan hati aku tertutup ingin menjawab atau membalas panggilan serta SMS. Buat rakan-rakan dan kenalan aku memohon maaf sekiranya aku tidak menjawab dan membalas mesej SMS kalian.
2 ulasan:
jangan kau titiskan aiir matamau..
kerana aku x sanggup menanggung deritamu...kerana ia terpikul pada bahuku jua...
aku derita kerana diri aku yang derita tiada kaitan dengan orang lain...terima kasih ingin berkongsi derita duhai sahabat
Catat Ulasan