Untuk memahami orang lain selain diri kita sebenarnya perkara paling sukar, maklumlah setiap manusia itu berbeza dan tidak sama. Aku tidak percaya jika ada orang mengatakan seseorang itu sama dengan org lain, pada aku itu hanya pemanis mulut penyedap rasa. Kajian sains perubatan dan ilmu kemanusiaan menunjukkan setiap orang akan mempunyai kelainan tersendiri samaada daripada segi pembentukkan sel-sel tubuh badan atau pun pemikiran.
Jangan biarkan emosi menguasai diri kita, tiada masalah tidak dapat diselesaikan.

Dalam perhubungan sepasang kekasih dan hubungan dengan seorang kawan pun aku mempunyai pandangan yang sama. Hubungan itu mungkin akan bergerak jauh jika ada tolak ansur dan saling faham memahami. Sekiranya kita ingin menegakkan perbezaan, maka tidak mustahil hubungan itu akan menemui kegagalan.
Sekiranya binatang boleh hidup bersama, adakah sukar bagi manusia yang dikurnia akal untuk hidup bersama?...

Samalah juga hubungan antara seorang kawan. Seringkali kita mendengar perkataan ini, "aku tiada kawan, siapa yang nak kawan dengan aku" . Pada aku kenyataan tersebut ada silapnya sepatutnya dia berkata begini " aku nak pilih siapa sebagai kawan". Bayangkan di atas muka bumi ini terdapat beratus juta umat manusia, mungkin orang ini tidak sama@ngam dengan kita, tapi tak bermakna tiada orang lain yang sekepala dengan kita. Jika setakat sedikit perbezaan apa salahnya jika kita terima, sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Lagi satu ayat yang aku suka guna ialah " siapa kita ni hendak memilih sangat kawan/teman, hebat sangatkah kita sampai nak orang yang sempurna sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan