Isnin, November 17, 2008

angin meniupkan diri

Di tiup angin laut bisa membuatkan diri aku melayang jauh hingga ke gigi pantai, adakala aku terfikir kenapa sikap manusia boleh berubah-ubah, yang baik menjadi jahat yang jahat menjadi baik. Memang unik ciptaan Ilahi hingga kita sukar mencari jawapan yang tepat.


"Ini Din lah, ko dah lupa dengan aku ke, mentang2 ko dah kerja OK skang, takkan dah lupa dengan aku'" ini ayat yang terkeluar dari telofom bimbit aku, bila aku mendengar suara itu aku terus mendiamkan diri, seolah-olah aku tidak mendengar suara tersebut.


Aku sebenarnya bukanlah jahat sangat pun tapi aku tidak berapa selesa dengan kawan lama aku tu, cara cakapnya selalu menyakitkan hati aku, pada aku dari hanya berpura ingin berkawan dengannya baik aku tak jawap panggilannya, supaya aku tidak hipokrit.

Adakalanya aku berharap dia berfikir kembali kenapa semua teman menyisihkannya.

Tiada ulasan: