Bulan-bulan terakhir tahun ini sungguh memenatkan, kalulah boleh aku ingin memanjakan tubuh aku di atas katil empuk dan dibelai oleh seseorang seperti bidadari umpama Putera Raja kan best...
Hari ini aku ada satu seminar mengenai dunia kewangan islam, naik pening aku ingin memahaminya, tapi disebabkan hari ini semua orang bercakap benda ini, aku tiada pilihan kena belajar juga, jika tidak kita ketinggalan.
Tanpa disangka-sangka, di tempat seminar tadi, aku berjumpa dengan Junior Aku sewaktu di U dulu, sekarang dia menjadi tutor sebuah U tempatan, inilah dikatakan kehendak Pencipta, langsung aku tak terfikir boleh berjumpa dengannya kembali, maklumlah dulu terlampau banyak kenangan aku dengan budak ni maklumlah selepas itu dia menjadi roomate aku, sewaktu dia mengalami masalah dulu aku la orang yang membantunya, maklumlah aku ni kan Senior , jadi kalau tak senior yang bantu sape lagi kan.
Selepas habis seminar itu kami saling bertukar nombor telefon, harap-harap tak terputus lagi tali silaturrahim...kadang2 kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita pada masa akan datang.. mana lah tau kan, melalui hubungan persaudaraan ini..kita boleh membantu di antara satu sama lain. Satu perkara aku kagum dengan Junior aku ini ialah sifat berdikari dan motivasi beliau untuk bangkit dari kegagalan, aku anggap susah nak jumpa pada orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan