Rabu, Disember 17, 2008

adakah masih ada untuk aku...

Sewaktu masih belajar, aku selalu membayangkan aku ingin menjadi seorang pegawai atau eksekutif, dengan jawatan itu aku merasakan ia boleh membantu aku mencapai impian. Sehari ke sehari aku tekun bekerja dengan niat yang ikhlas hingga diberi kepercayaan yang melangkau pemikiran aku...dan memang aku telah memilikinya apa yang aku idamkan...
Dengan apa yang aku ada, aku akhirnya dapat hampir semua impian aku...tak terlintas di fikiran ,aku akan menyumbang sebegitu besar kepada organisasi malah negara...

Tapi tiba-tiba aku terfikir...

Sudah lama aku mengamati kehidupan. aku sibuk dengan urusan dunia. Tanpa sedari aku lupa akan tentang bayu nyaman petang mengherot lalang ke sana-sini. Aku lupa galaksi yang luas terbentang atas kepala . Aku lupa remeh temehnya melodi katak berdengkang, burung mengicau dan kerbau menguak. owh rupanya aku seorang wokaholik....

Akhir-akhir ini hati aku berkata " berbaloikah semua ini? " adakah jawapan untuk aku...

Tiada ulasan: