Rabu, Disember 31, 2008

TAHUN BARU! apa yang nak disambut?

...semua orang tanya AKU nak sambut tahun baru kat mana? AKU sedikit pun tak teruja dengan tahun baru nie...kawan aku kat Sabah cakap dia nak sambut kat opis, kawan aku kat Kajang cakap dia nak sambut kat KL, kawan kat Putrajaya cakap kat ALAMANDA, semua ada plan... pelik bukan...


Sepanjang hidup AKU, tak pernah rasanya menghadiri program2 meraikan tahun baru ni, tak berminat sangat ...tak tahu kenapa...pada aku dari bazirkan masa camtu dan menempuh kesesakkan lalu lintas, baik duk kat umah tengok TV, PC dan makan he he he...duit pun tak habis, badan pun tak letih....


Walaubagaimanapun aku tetap hormati sape yang pergi sambut tahun baru ni, mungkin depa nak tenangkan fikiran kut..apa pun terpulang pada diri masing-masing. Janji kita bersyukur kepada ALLAH kerana dipanjangkan usia semoga hidup kita akan diberkati tahun ini...





Tapi AKU masih ingat pada beberapa tahun yang lepas aku ada sambut tahun baru dalam hutan, ..sebab masa tu AKU mengikuti satu ekspedisi/ program...cam bes la pulak masa tue sambut tahun baru dalam hutan...pengalaman yang amat menarik dan tak leh lupa sampai skang...

Tiada ulasan: