Rabu, Mac 04, 2009

aku ada buat salah ker?



Fikirkan aku akhir-akhir ini kembali berserabut...skang tengah pikir untuk Zoom cuti-cuti Malaysia kembali...nak kemana yer? ada cadangan...




Aku nak tanya korang, dalam perhubungan apa yang paling peting sekali, pada aku tentu saling percaya antara satu sama lain kan, sekiranya hubungan kita sudah mula tidak mesra dan mula meragui antara satu sama lain, tandanya hubungan tersebut tidak akan bertahan lama. Tak kisahla hubungan sebagai kawan, sebagai kekasih atau teman sepejabat...bila kita mula menjarakkan diri kita dengan kawan lain, tandanya kita ingin mencari teman atau orang lain, itulah realiti hidup...aku kena terima hakikat ada datang dan pergi, ada kehidupan dan kematian.


Cuma kekadang sebagai manusia sedikit sebanyak diri kita akan terguris bila kawan seolah-olah tidak jujur dengan kita...semacam menyembunyikan sesuatu, semacam ingin mengelakkan diri...dan sebagainya...

Tiada ulasan: