Sabtu, Mac 14, 2009

alhamdulilah aku dah sampai


Tepat Jam 10 pagi tadi aku berangkat ke destinasi untuk bercuti...bersama teman aku yang menjadi body guard aku sepanjang aku bercuti ni, aku meluncur laju membawa kereta...tengah-syok2 drive kereta di higway tetiba, di depan mata aku sendiri ada kenderaan terbabas, sepantas kilat ia berlaku di depan mata aku dan akhirnya kereta itu tersembam ke dalam longkang Lebuhraya, nyawanya pun aku tidak pasti...harap-harap dia selamat, pic tak sempat ambik sebab masih terkejut he he he he... nasib baik kereta dia tidak melanggar kereta2 lain termasuk kereta aku, kalau tidak dengan aku sekali terlibat dalam kemalangan tadi...nauzubilah min zalik....


Aku tidak pasti empunya kereta tadi boleh terbabas, yang pasti dia dah terjadi...kepada kawan-kawan nak mulakan perjalanan tu pesan aku, mulakan cuti anda sebaik anda menaiki kereta menuju destinasi bukan cuti bermula apabila anda sampai di destinasi....


Kebanyakkan aku lihat orang yang bawa kete ni, nak cepat sampai sebab katanya nak pergi bercuti, maknanya bila dah daftar tempat dituju baru boleh dikatakan bercuti,walhal dia dah ambik cuti pun he he he.... dan sebab itu bila mereka memandu mereka bawa kereta, dipecutnya kenderaan tersebut kalah Ferari di litar formula satu....


CADANGAN AKU, sekiranya kita nak mulakan cuti, adalah sebaiknya cuti itu bermula apabila kita mula memandu kereta apabila keluar dari rumah, dengan itu kita akan tidak memandu tergesa gesa, dan kita boleh singgah pelbagai tempat sebab kita dah memang bercuti, cuma tempat last tu adalah tempat kita berehat dan tidur he he he..aku selalu buat macam ni..tak tau le idea aku ni sesuai untuk semua...



Tiada ulasan: