
Qaseh tiba di pejabat tepat jam 10 pagi. Seperti biasa, Lailalah yang orang pertama yang menegurnya. 'Apasal kau lambat? Nasib baik mesyuarat ditunda sebab wakil Global Shiping International pun terkandas dalam trafik. Oh ya Encik Ridhwan nak jumpa kau.'
Sebaik sahaja mendengar ucapan Laila, Qaseh berjalan ke bilik Encik Ridhwan.
'Good morning Encik Ridhwan yang baik hati serta mulia. Mudah-mudahan pada hari yang baik ini, Encik Ridhwan diberkati rahmat dan rezeki yang melimpah ruah,' gurau Qaseh sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik majikannya. Gurauan Qaseh juga dibalas dengan senyuman.
'Nak ambil hati sayalah tu? Hah, saya nak awak kendalikan projek ini dan jika awak berjaya, awak akan pergi holiday,' kata majikannya yang begitu senang dengan Qaseh yang bukan sahaja cantik, malah sangat profesional dan idealistik orangnya. Itu yang membuat Encik Ridhwan sayang akan pekerja yang satu ini.
Qaseh kemudian disuruh menelefon pihak Global Shiping International untuk membuat janji temu tetapi wakil daripada pihak mereka belum tiba di pejabat.
Deringan telefon di atas meja membuat Qaseh tersentak.
'Isy! Orang-orang ni nak buat aku kena serangan jantung ke, aku jumpa siap kena jentik buah pinggan mereka ni?' getus Qaseh sendirian.
'Assalamualaikum ibu,' jawab Qaseh sambil mengurut-urut dadanya dek terperanjat. Salamnya dijawab oleh Puan Aini yang kemudiannya berkata, 'Haah Qaseh, hari ini balik awal ya! Auntie Zubaidah nak datang makan malam.'
Sememangnya Puan Aini lebih rapat dengan Qaseh berbanding Iskandar, abang Qaseh. Bukan memilih kasih tetapi naluri wanita.
Baginya dia menyayangi Qaseh seperti mana dia menyayangi Iskandar. Bagaikan minyak yang ditatang penuh.
Qaseh hanya menuruti permintaan ibunya. Diam tak diam jam sudah menunjukkan 6 petang. 'Laila kau tak nak balik eh? Bye!'
Laila yang belum memberi kata putus ditinggalkan begitu saja.
'Kurang asam kau Qaseh,' ngomel Laila sendirian. Gadis yang bertudung ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Malahan, dia sudah pun bertunang.
Cuma Qaseh saja belum berpunya. Bukan memilih tetapi berhati-hati selepas beberapa kali hatinya dipermainkan oleh insane bernama lelaki. Qaseh berjalan menuju ke keretanya. Tiba-tiba dia terpandang rantai kekunci yang mempunyai namanya.
'Patutlah dia tahu nama aku!' desis hati kecil Qaseh. Tiba saja dia di pekarangan rumahnya dia terpandang sebuah kereta di sana. Dia mengambil keputusan untuk masuk melalui pintu belakang.
'Mak Jahhhhhh!' sergah Qaseh
'Oh mak kau, eh Qaseh, eh belon, eh kain aku terkoyak, eh timun! Ya Allah Qaseh! Bertuah punya budak!'
Mak Jah yang tidak henti-henti melatah memukul bahu Qaseh.
Walaupun Qaseh bukan anak kandungnya, gadis ini amat menghormatinya dan tidak menganggap dirinya seperti orang gaji. Qaseh yang terkekeh-kekeh ketawa terhenti apabila terpandang sekujur badan di pintu dapur.
Malunya menebal tiga inci. Dia menuju ke ruang tamu untuk bersalaman dengan tetamu yang ada di situ dan juga ibu dan ayahnya.
'Airy! Mari sini berkenalan dengan anak Auntie Aini ni'. Laungan Puan Zubaidah tepat di telinga Qaseh.
Tiba-tiba dia terfikir. Airy? Qushairi? 'Patutlah aku macam kenal dia'. Qaseh bercakap sendirian sambil bertukar senyuman dengan Qushairi.
Dia kini di pinggir kolam ikan kegemaran ayahnya. Biarlah ibu dan ayah saja melayan tetamu mereka.
'You cakap dengan siapa Qaseh?' Sergah Qushairi membuat Qaseh tersentak lalu buku yang dipegangnya jatuh. Kebetulan pula, air hujan yang turun belum kering. Qaseh tidak dapat mengimbangi diri lalu terjatuh.
Qushairi yang berada di situ dengan cepat menangkap tubuhnya.
“Qaseh, bos panggil” serkah Laila lepada Qaseh yang dari tadi asyik mengelamun sambil merenung langit, itulah hobinya…
“Maafkan aku Laila, aku tak sedar kau cakap dengan aku, Bos nak jumpa , kat mana?” Tanya Qaseh.
Sambil memuncungkan mulutnya kea arah bilik En. Ridzwan laila, laila menyuruh Qaseh segera mendapatkan Encik Ridzwan.
Selepas berjumpa dengan Encik Ridzwan , Encik Ridzwan ingin bertanyakan Qaseh mengenai perbincangan dengan pihak Global Shiping Internasional. Qaseh memaklumkan dia belum menerima panggilan dari wakil syarikat tersebut.
Encik Ridzwan menasihati Qaseh agar beruhasa menghubungi wakil syarikat tersebut kerana bimbang peluang bekerjasama dengan syarikat tersebut terlepas. Sambil memberikan no telefon wakil syarikat Global Shiping Internasional disekeping kertas.
‘ N I ZAM , 03-53xxxxx ‘ sebut Qaseh sambil beredar dari bilik Encik Ridzwan bos yang begitu memahami dirinya. Sepanjang Qaseh bekerja dengan Encik Ridzwan tak pernah dia dimarahi oleh bosnya itu, malah lelaki yang berumur 40 tahun itu selalu memberikan tugas penting kepada Qaseh seolah pekerja kepercayaannya.
---bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan