
PAGI itu Qaseh betul-betul kelam-kabut. Jam locengnya tidak berbunyi.
Mujur Mak Jah yang mengejutkannya. Jika tidak, tengah hari nanti barulah dia sampai ke pejabat yang terletak dengan pelabuhan paling penting di Malaysia.
Dia bergegas ke bilik mandi lalu mencapai baju kebaya yang digosoknnya semalam.
Sebaik menyapu bedak yang nipis dan menyembur minyak wangi Love Spell, dia berlari keluar sambil mencapai kunci keretanya. Malangnya, nasib tidak menyebelahinya hari ini.
Baru sahaja dia keluar dari pekarangan rumah, jalan sudah sesak. 'Aduhai! Nasib nasib!' bisik hati kecil Qaseh.
Mujur Mak Jah yang mengejutkannya. Jika tidak, tengah hari nanti barulah dia sampai ke pejabat yang terletak dengan pelabuhan paling penting di Malaysia.
Dia bergegas ke bilik mandi lalu mencapai baju kebaya yang digosoknnya semalam.
Sebaik menyapu bedak yang nipis dan menyembur minyak wangi Love Spell, dia berlari keluar sambil mencapai kunci keretanya. Malangnya, nasib tidak menyebelahinya hari ini.
Baru sahaja dia keluar dari pekarangan rumah, jalan sudah sesak. 'Aduhai! Nasib nasib!' bisik hati kecil Qaseh.
Tepat jam 9 pagi barulah dia terlepas daripada 'kebingitan' jalan raya yang seolah ingin menunjukkan kemarahannya kepada pengguna jalan raya.
Namun, Qaseh diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Mana tidaknya?
Tiba-tiba apabila melepasi kesesakkan lalulintas, Tayar kanan keretanya pancit. Terpaksalah dia berhenti di simpang jalan. Mahu saja dia menjerit sekuat hati dan menjentik tayar keretanya. Baru sahaja dia hendak keluar dari perut kereta,telefon bimbitnya menjerit meminta diangkat.
'Qaseh! Kau di mana ni? Kau tahu tak pukul berapa sekarang? Takkan kau lupa hari ni ada mesyuarat penting dengan Global Shiping International? Nasib baiklah kau pekerja kesayangan Encik Ridhwan. Kalau tidak... habis kau disemburnya nanti!'
Soalan demi soalan bertalu di telinga Qaseh. Laila memang kuat mengomel. Akan tetapi, mengomel demi kebaikan.
Laila adalah rakan ketawa dan menangisnya. Jika bergaduh pun, tidak sampai satu jam, mereka akan berbaik-baik semula.
'Amboi! Banyaknya soalan. Mana satu aku nak jawab dulu ni? Okaylah, aku kat Tauranga New Zealang skang ni, tayar kapal terbang aku pancit. Aku tak lupa, aku tahu. Puas mak cik? ... bye!' bye..
Giliran Qaseh pula menghembus Laila. Belum sempat Laila menyatakan bye, Qaseh sudah matikan telefon kerana tidak mahu membuang masa. Sebaik sahaja dia menamatkan talian dengan Laila...
'Tayar pancit ke?' tegur seorang jejaka yang suaranya tidak dikenali. Siapa dia, Qaseh tidak pasti, tetapi apa yang pasti dia amat terkejut dengan teguran itu.
'You ni nak buat I pengsan kat sini ke mati on the spot?' Qaseh memarahi jejaka yang menyapa secara tiba-tiba itu.
'Dua-dua I tak nak. Janganlah pengsan dulu, belum sempat I nak minta nombor, nak berkenalan you dah nak pengsan? Tak patut betul!'
Jejaka itu cuba berjenaka tetapi Qaseh tidak mengganggap perkara itu lucu. Malah sedikit pun Qaseh tidak melayan jejaka tersebut.
Marahnya hanya reda 2 peratus sahaja. Perbualan mereka terhenti apabila deringan telefon kedengaran. Serta-merta Qaseh dan jejaka itu meraba saku untuk mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. Sangat kebetulan deringan telefon bimbit mereka.
'errrr Qaseh, I punyalah. Kejap ya!' Dia memberitahu Qaseh apabila melihat Qaseh yang sedang mencari telefon bimbitnya.
Kemudian dia menyambung perbualannya, 'Hello Puteri Diraja Gopal! Dah bangun rupanya! Ingatkan tunggu Krismas baru nak bangun.'
Setelah suasana menyepi untuk seminit dua, dia menyambung semula.
'I'm sorry darling, I said no and it means you have to either take a cab or the public transport. Jangan nak mengada-ngada eh.'
Dia mengakhiri perbualannya dengan amaran yang tegas. Dengan siapa Qaseh tidak pasti. Mungkin kekasihnya atau mungkin tunangnya.
Tidak hairanlah jika dia dikelilingi wanita-wanita yang cantik kerana kulitnya yang maskulin dan badannya yang tegap, mampu membuat mana-mana wanita jatuh hati.
Namun Qaseh yang sedari tadi menjadi pemerhati hairan bagaimana dia tahu namanya.
Tanpa membuang masa, Qaseh menelefon Ah Chap dan menyuruhnya datang membawa keretanya ke bengkel kerana dia sudah terlambat.
Dia juga kurang mahir cara-cara menukar tayar. Selalunya abangnya atau ayahnya akan menolong.
Dia pun langsung berjalan menuju ke jalan raya untuk menahan teksi. Malangnya tiada satu teksi pun kelihatan. Jika ada pun, sudah ada penumpang di dalam.
Apabila dia pusing, dia melihat jejaka itu membetulkan tayarnya.
'Errr...' belum habis ayat Qaseh, jejaka itu mencelah: 'Nama I bukan Err... Nama I Qushairi,' jawab jejaka itu tanpa dipinta. Macam tahu-tahu saja. Terasa lucu pula dengan kata-kata jejaka bernama Qushairi itu.
'One more thing, telefon you punya Ah Chap, cakap tak payah datang. Qushairi Chap dah datang.'
Perut Qaseh kecut mendengar ketegasan yang dipamerkan oleh Qushairi. Namun terselit bait-bait lucu dalam ketegasannya dan Qaseh, yang seperti lembu dicucuk hidung, hanya menurut kata-kata jejaka itu.
Setelah setengah jam membetulkan tayar kereta Qaseh, Qushairi mengebas-ngebaskan bajunya yang kotor. Terfikir juga dia: 'Macam mana aku nak ke kerja dengan baju kotor ni?'
'Terima kasih Encik Qushairi. Ni kad saya, terhutang budi pula I dengan you. Nanti I belikan baju baru untuk you,' ujar Qaseh dengan ikhlas apabila terpandang baju jejaka itu yang kotor.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan