SITI Nur Zubaidah Hussin baru berusia 11 tahun ketika dia dipaksa berkahwin oleh bapanya dengan lelaki berusia 41 tahun di Kelantan awal tahun lalu.Bapanya, Hussin Mat Salleh ialah pengikut kumpulan tabligh yang diyakinkan oleh ketuanya, Shamsuddin Che Derahman, juga digelar ‘Sudin Ajaib’, bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Akibat perkahwinan tanpa rela, kanak-kanak pintar darjah lima itu mengalami tekanan perasaan yang hebat. Dia telah ditemui dalam keadaan separuh sedar di Masjid Al-Ikhwan, Taman Samudera, Batu Caves, Selangor.
Kes itu bukanlah yang pertama dan terakhir di negara ini kerana masih ada lagi remaja yang berkahwin dengan kerelaan hati malah ada juga yang terpaksa berkahwin kerana hamil di luar nikah.
Pusat Kajian Wanita Antarabangsa (ICRW) pada tahun 2005 memberikan definisi pernikahan bawah umur sebagai pernikahan atau penyatuan antara dua orang, iaitu salah seorang ataupun kedua-duanya berusia kurang daripada 18 tahun.
Gubal undang-undang
Sehingga kini, kadar peratusan pernikahan bawah umur di Malaysia masih kecil iaitu 0.725 peratus.
Pada dasarnya, perkahwinan adalah sebahagian daripada fitrah manusia dan berdasarkan fitrah itulah, Allah menciptakan manusia, tetapi sejauh manakah pernikahan bawah umur diterima oleh masyarakat yang semakin maju pada masa kini?
Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam bertajuk Nikah Bawah Umur: Patut atau Tidak? di sini baru-baru ini.
Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakari berkata, terdapat nas yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak bawah umur sama ada daripada al-Quran, Sunnah dan ijma’.
Bagaimanapun, beliau berkata, penggubalan atau peruntukan undang-undang perlu ada bagi mengawal perkara itu dan untuk memastikan pihak yang terlibat, terutamanya pihak perempuan mendapat perlindungan dan jaminan.
Matlamat perkahwinan
Syeikh Abdullah al-Manie, iaitu anggota Majlis Ulama Kanan Saudi melontarkan pandangan bahawa perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Sayidatina Aisyah tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewajarkan perkahwinan bawah umur.
“Pandangan beliau itu timbul sebagai reaksi kepada perkahwinan seorang gadis berumur 12 tahun dengan seorang lelaki berumur 80 tahun di Buraidah, Arab Saudi,” kata Zulkifli ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pernikahan Di Bawah Umur Dari Perspektif Syarak.
Zulkifli menambah, walaupun hukum berkahwin dengan gadis kecil adalah harus, tetapi dengan memahami maksud dan matlamat perkahwinan, ia jelas menunjukkan bahawa sewajarnya kanak-kanak yang dikahwini mestilah dalam usia yang mampu menanggung hubungan kelamin.
“Justeru melihat kepada adat, sewajarnya tidak dibenarkan perkahwinan bawah umur kecuali melihat kes tertentu sahaja,” katanya.
+ kalau lelaki kawin awal ada masalah ker....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan