Jumaat, Oktober 31, 2008

diari hari ini

Seringkali bila bertemu aku dan dia akan bertengkar, walau pun masalah itu masalah kecil, aku tak pasti mengapa ia berlaku, tak jumpa rindu bila berjumpa bertengkar? pelik bukan. Namun aku tahu dia masih sayangkan hubungan ini, cuma mungkin ego yang menyebabkan kami jadi begini... Bila melihat air , jiwa aku sungguh merasa tenang, seringkali bila aku menghadapi masalah aku akan pergi merehatkan diri di depan tasik atau pantai ... orang kata kita mudah tenang bila melihat air kerana tubuh kita sendiri pun dipenuhi air...itu sebab kita rasa tenang dengan air...aku tak pasti kata orang ini akan kebenarannya...kepada aku mungkin pada orang lain belum tentu...
Selepas solat Jumaat tadi, aku bergegas ke Mines Serdang kerana ada temujanji dengan seseorang, mengenai bisnes, tak sangka orang yang aku jumpa itu umurnya masih muda dari aku, tetapi income bulanan dia mengalahkan gaji pegawai kerajaan yang bekerja sepuluh tahun. Walaupun umurnya muda aku kagum kematangan dia bercakap dan berhujah, mungkin ini dinamakan keberanian dan kebolehan komunikasi interpersonal seseorang.




Tiada ulasan: