Hari ini aku fikir mau pergi ziarah abang aku dan keluarga-nya kat Klang, dah beberapa hari dia call aku minta pergi ke rumah dia, katanya anaknya begitu rindu dengan aku. Tapi tetiba tengahari tadi saat aku sedang berkemas nak bertolak ada seseorang mengetuk pintu rumah aku. Hingga aku terpaksa menanguh niatku hendak ke Klang. Terasa serba salah aku nak beritahu kepada dia bahawa aku ada hal lain, dan meminta dia datang lain kali. Maklumlah dia datang dari jauh semata-mata nak jumpa aku. Mungkin nak buat suprise agaknya, nasib baik aku tak keluar dulu jika tidak ketuk-lah sampai malam.
Pada aku zaman sekarang nak buat suprise dah tak de sebab lagi, sebab manusia semakin hari semakin laju dan dah ada kemudahan telefon bimbit sekiranya nak berhubung. Kalau nasib tak baik tak jumpa sape la kita jika orang tu takde. Kalau kat kampung mungkin ada sedara, kat kotaraya ni, jiran pun kunci pintu...kesudahannya tengok pintu je le.
kawan aku tu lepak umah aku ni sampai kul sebelas malam baru balik, haru betul ...geram aku nak cakap aku ada kerja... nape la dia tak beritahu nak datang...tak semena-mena aku terpaksa batalkan rancangan aku..nampak gayanya bisingla abg aku kali ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan