Sehari dua ni aku dalam dilema, si dia meminta aku buat keputusan... OWH sukarnaya aku hendak membuat keputusan. Adakah aku harus meminggirkan benda yang ingin ku capai semata-mata kerana cinta. OH tidak aku dah lama inginkannya... tapi aku juga menyayanginya.

Haruskah aku meninggalkan Malaysia?
Ditelan mati emak diluah mati bapak... sehingga kini aku masih belum mempunyai jawapan. Agaknya bagaimana jawapan daripada mulut aku nanti.
Suatu ketika dahulu memang aku pernah menpunyai impian tinggal di negara barat, tetapi masa berubah sama seperti pantai yang sentiasa berubah apabila dipukul pantai, kini keinginan aku pun turut sama berubah...maklumlah semua impianku sudah hampir dipenuhi...
Aku rasa aku kini lebih bahagia dengan cara hidup aku... tidak perlu bekejar ke ofis di waktu ayam sedang berkokok dan pulang sebelum matahari terbenam.
Aku juga punyai masa untuk minum bersama kawan dan mencari kawan dan yang lebih penting aku dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta ... suatu benda yang agak sukar aku lakukan dua tiga tahun dahulu... tetapi adakah aku harus lupakan ini semua semata-mata orang yang aku cintai? aduh peningnya kepala...
Kalau aku pergi macam mana dengan ....? sayu aku mendengar ceritanya, adakah hidup aku sudah ditakdirkan begini. selalu berpisah dan terpaksa berpisah.
1 ulasan:
wah.. pendapat anda amat memberi kesan deh..
Catat Ulasan