petang tadi aku sempat ambik gambar ni dari bukit kat umah aku, ingat nak ambik gerhana matahari tapi terlewat laaa...sampai dah petang sangat....Hari ni selepas menyiapkan kerja aku sempat shoping kejap sambil membeli sedikit barang umah dan perabut...tengah aku duk pilih perabut tue, tiba-tiba datang seorang awek, aku ingatkan apasal la dia panggil aku..rupa-rupanya dia nak suruh aku tolong dia pilih perabut untuk dia...disebabkan dia cantik aku tolong la...tiba-tiba dia tanya aku, boleh tak tolong bawak perabut pilihan dia tu kat umah dia....masa tue aku geram je nak sekeh awek tue, nasib baik dia cantik dah le suruh aku pilih, skang suruh aku hantar umah dia, ingat aku ni posmen ke? kalau aku pakwe dia kira ok la...
Rupa-rupanya disebabkan aku pakai baju kaler merah dia menyangka aku ni staf kedai tue, maklumlah hari ni semua orang pakai baju merah tanda sambutan Tahun Baru cina...
Aku sampai skang masih tak pergi Tesco konon nak pulau he he he....skang aku gi hypermarket lain cuba teka..kalau pandai....So last dia minta maaf kat aku sebab banyak menyusahkan aku ...nasib baik salah faham aje...kalau aku jahat aku minta duit dengan dia lepas tue aku janji barang tue akan aku hantar sampai umah he he he...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan