Kalau bangunan Sultan Abdul Samad ni dapat bercakap, adakah dia akan cakap seperti aku cakap, bosannya dengan politik Malaysia? kalau dia dapat bercakap kan best, sebab banyak benda dia boleh beritau kat kita, sejak sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka...Situasi politik Malaysia sungguh membosankan, pilihanraya dah habis pun cite politik tak habis lagi... baik BN baik PR, dua-dua lebih kurang sama jer...adakah ini sifat orang kita? lebih suka berpolitik dari buat kerja...
Maaf la tak pasal2 sentuh bab Politik, bukan apa aku geram dengan dunia politik Malaysia skang ni...dah le ekonomi dunia tak menentu, jenayah makin berleluasa. Orang politik masih dengan retorik mereka, projek 16 september lah, kerajaan haram la...tukar kerajaan la, lompat sana, lompat sini, lompat depan lompat belakang, nasib baik bukan kueh lompat tikam ...hua hua hua. Kalau tidak aku yang makan...
Ujung minggu ni aku ada kursus lagi kena aku ikuti, cam malas nak pergi...nak tak nak kena siapkan kerja aku ni sampai ke malam lagie...
Kalau ini company aku dah lama aku kaya rasanyer hua hua hua..tapi nak buat camner makan gaji..ikut je la...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan