
Cukup teruja AKU rasanya bila melihat David Archuleta memakai pakaian baju Melayu siap bersampin nie, walaupun hanya hanya meraih tempat kedua dalam program realiti popular Amerika Idol ditangan David Cook. Jekaka ini bijak merencanakan hidupnya, buktinya dia sudah melebarkan pengaruhnya ke benua Asia. David Cook mungkin hanya fokus kepada eropah sahaja, pada aku di Malaysia dia memang lebih popular berbanding lawannya...silap-silap dia boleh lawan pengaruh Weslife di Malaysia suatu ketika dahulu.
Tengoklah cara dia berpakaian tentu akan menyebabkan org kita lebih ramai lagi tertarik padanya... walaupun ramai orang kita seakan dah lupa pakaian Baju Melayu, tapi penampilan Archuleta menyebabkan orang teruja dengan pakaian yang dipakainya...

Aku percaya baju cam Archuleta akan hangat di pasaran lepas ini...he he he
Tiada ulasan:
Catat Ulasan