bila menonton citer Langkasuka ni terasa sedih lak, bukan sedih dengan kisahnya, tetapi sedih kerana Sejarah Kesultanan Melayu yang hebat ini, bukan diangkat oleh kita tetapi oleh pihak lain. Filem yang menelan belanja 20 juta US D ini dilakonkan sepenuhnya oleh pelakon Thailand berdasarkan kewujudan Kerajaan Langkasuka di utara Tanah Melayu pada satu ketika dahulu. Kerajaan yang diketuai oleh Ratu Perempuan ini digambarkan sebagai hebat dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Melayu lain di Tanah Melayu pada masa itu.
Dalam filem ini kostum pakaian amat menarik cuma percakapan sahaja yang tidak sama, apabila mengunakan sepenuhnya bahasa Siam, kecacatan lain yang boleh dikesan ialah adat mengadap raja, seolah-olah pengarah filem ini mengambil cara adat pasukan tourism Malaysia memberi hormat kepada tetamu sebagai cara rakyat mengadap raja. Bukankah sejak dahulu lagi adat sembah digunakan apabila bertemu dan bersemuka dengan raja yang diamalkan oleh orang melayu.Namun begitu secara keseluruhan filem ini bagus untuk memberi gambaran kehebatan kesultanan Melayu dahulu.

Lakonan yang berkesan dan memberangsangkan dari Ananda Everingham merupakan antara penyebab filem ini mendapat sambutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan