Selasa, Februari 09, 2010

Cinta di Selat Tebrau- Zariz + X

" Ceh mana Herman ni...lambat siot"...getus hati Zariz kepada diri sendiri, sudah hampir satu jam dia menunggu Herman.

012-729xxxx Zariz menekan no telefon bimbit Herman...

"Hello Bro, ko kat mana ni, dah satu jam aku tunggu kau ni...satu Teluk Danga dah aku ronda, ko tak muncul juga" sergah Zariz kepada Herman.

" Aiseh Zariz sorry aaa, aku sangkut kat jalan Tebrau la, hantar kawan kat Taman Pelangi tadi, 10 minit agi aku sampai" pesan Herman kepada kawan baiknya.

Zariz dan Herman keduanya merupakan kawan baik semenjak berada di UTM Skudai lagi, ikatan persahabatan kedua sahabat ini memang cukup kental, segala suka duka semasa di kampus dijadikan tali penguat persahabatan.

Zariz sedar ikatan persahabatan dengan Herman seumpama hubungan adik beradik, segala masalah dikongsi bersama, namun petang tersebut Zariz tidak pasti kenapa Herman begitu beria-ia ingin berjumpa dengannya.Pada pengamatannya tentu ada sesuatu yang ingin dikongsi kawan baikknya.

Zariz masih ingat sewaktu di tahun akhir, kedua mereka pernah hampir bergaduh sesama sendiri gara-gara seorang wanita. Gara-gara masalah yang dicetuskan wanita tersebut ia hampir meragut hubungan persahabatan. Puncanya wanita tersebut cuba meraih cinta Zariz, dan dalam masa yang sama menjalin ikatan dengan Herman.

Akhirnya meletuplah pergeseran dan salah menyalah wujud hingga akhirnya bermasam muka, namun ia berakhir apabila Zariz dan Herman mengambil sikap saling memaafkan dan menyalahkan perempuan tersebut sebagai punca permasalahan mereka.

5.30 petang di Restoran Singgah selalu, Danga Bay. Herman tiba dengan berseluar Jeans, berbaju T-Shirt puteh dan berkaca mata hitam, dia terus menuju ke dalam restoran mendapatkan Zariz.

" Hi Bro sory lambat erk" tegur Herman kepada Zariz.

" ek eleh dekat satu jam baru tiba, sib baik aku belum balik" balas Zariz.

Ketika sedang rancak bertegur sapa, secara tiba tiba...

-bersambung


Tiada ulasan: