
"Kepada penumpang sekejap lagi kita akan tiba di terminal lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai Johor baru....."
Pengumuman dari krew penerbangan Malaysian Airlines membuatkan Herman terkejut dari lamunan...
Sepanjang penerbangan 40 minit dari KLIA dia asyik termenung sahaja seolah ada sesuatu yang mengangu fikiran...
Di terminal selepas mengambil bagasi terus dia menujuk ke kaunter teksi yang terletak berhampiran pintu keluar.
Encik nak kemana - tanya seorang staf sokongan penuh mesra kepada Herman.
"Skudai " Jawab Herman lemah dan lantas herman mengambil kupon tiket teksi sambil membayar puluhan ringgit kepada star tersebut, kemudia dia begerak lesu menuju ke barisan teksi yang sedang menungu penumpang di luar bangunan terminal.
"Encik Skudai turun kat mana ya" tanya pemandu teksi tersebut selepas melihat catatan tertulis di kupon tersebut.
" emm hantar saya kat Taman Tun Aminah boleh tak abang..." sahut Herman.
Sampai di rumah...Herman terus menuju ke bilik air dan membasahkan badan, sambil membuka netbook dia menyandarkan susuk tubuhhanya di atas kerusi sambil menghirup segelas air.
biz biz biz...tib-tiba mesej dari seseorang masuk melalui celah telefon
"hi , semoga u dah selamat sampai" tersenyum Herman membaca mesej tersebut, tetapi dirinya seakan tawar hati dengan mesej tersebut....
Sejak akhir-akhir ini, emosi Herman agak tergangu ...dia sendiri tidak pasti kenapa perasaan tersebut membelengu fikirannya...kadang-kadang dia merasa bosan dengan hidupnya sendiri.
Dengan mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang menawan, sebenarnya Herman mempunyai ramai peminat misteri yang jatuh cinta pada dirinya, namun hakikatnya dirinya tidak memiliki sesiapa pun, malah seakan sunyi dari teman istimewa yang benar-benar jujur dan mencintai dirinya.
Kisah silam begitu kuat menghantui sanubari, kisah dia dikhianati teman istimewa begitu kuat memberi kesan pada emosi hingga dia kerap kali mengambil keputusan tidak ingin mempunyai ikatan dengan sesiapapun.
Namun semenjak mengenali X hatinya bagai tidak tenteram, X seakan berjaya menyentuh hatinya yang tertutup sebelum ini. Namun begitu Herman agak ragu-ragu untuk mengadakan hubungan, gara-gara takut dengan kisah lama sebelum ini.
Walaupun X begitu baik dan mempunyai ciri-ciri impian untuk menjadi teman pilihannya, namun Herman tetap merasa begitu takut...kepada bayang-bayang lama.
-bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan