Rabu, Februari 17, 2010

Cinta terima kasih





bolehkah cinta dibina hanya kita sayangkan seseorang, Dapatkah asmara yang kukuh terjalin jika pasangan anda masih tidak jujur dan menyembunyikan sesuatu daripada kita.

Soalan-soalan mengenai cinta, kasih dan sayang ini bermain di minda tatkala ramai pasangan diseluruh dunia meraikan hari Valentine's Day.

Sempena hari kekasih satu filem telah ditebitkan untuk meraikan Valentine's Day.

barisan pelakonnya terdiri daripada Jennifer Garner, Ashton Kutcher, Patrick Dempsey, Jessica Alba, Queen Latifah, Anne Hathaway dan Julia Roberts.

Bagi peminat filem yang memang mabuk dengan fenomena bintang muda seperti Taylor Swift dan Mr New Moon, Taylor Lautner - hmmm... nampaknya kedua-duanya yang berkongsi nama serupa, tentu menjadi daya penariknya.

Sememangnya, inilah filem yang meraikan cinta dalam pelbagai dimensinya, termasuk mengupas jiwa wanita berkerjaya yang kesunyian tanpa teman pada Hari Kekasih.

Julia Fitzpatrick (Jennifer Garner) adalah seorang guru sekolah yang menyangka dia sudah menemui cinta hatinya yang sebenar, Dr Harrison Copeland (Patrick Dempsey). Tanpa diduganya, Dr Copeland adalah lelaki pengecut dan 'kaki kelentong' yang sudah berkahwin dan mengambil kesempatan atas ketulusan cinta Julia.

Julia perlu menelan kepahitan mendengar berita buruk itu daripada teman baiknya, Reed Bennett (Ashton), yang mengendalikan kedai bunga - antara kedai paling laris di ambang Hari Kekasih.

Sangkanya Reed yang baru putus cinta dengan Morley Clarkson (Jessica Alba) yang fobia komitmen sengaja ingin merosakkan hubungan cinta yang indah itu.

Apakah kesudahan kisah cinta yang turut menyelongkar dunia tokoh sukan yang sebenarnya jejaka gay?

Valentine's Day ternyata adalah kisah cinta yang memancar sinar di hati sesiapa, baik yang mabuk bercinta mahupun yang masih tercari-cari 'si dia' menjengah di muka pintu.

jom tonton,

kredit kepada haryani..ngeee~~~

Tiada ulasan: