Sabtu, Februari 20, 2010

Duit selalu je tak cukup-Over bajet nape erk?

alamak bulan ini sudah Over bajet..camne nak buat..

ini lah situasi yang biasa dialami oleh sesiapa pun...termasuk aku..bila bebelanja tidak berhemat ha ha ha.

Dalam tempoh seminggu terakhir...biasanya gaji baru akan masuk..tapi nak menunggu tarikh tu umpama sebulan rasanya....mana tak nya duit minyak, tol, makan dan pelbagai urusan lain terpaksa juga disediakan...



nak usik duit simpanan adalah tak mungkin....itu sudah menjadi tabungan kita untuk kecemasan...jawabnya kenalah berhemah berbelanja...



sebenarnya lagi banyak gaji, kita akan merasakan tidak cukup duit kita...sewaktu mula2 tamat pengajian dulu..habis sahaja esoknya terus bekerja..masa tu dapat gaji RM 750 sebulan pakai motor..duduk di apartment berkongsi... selepas itu bertukar kerja yang lebih baik dapat gaji sekitar RM 1500 sebulan....masa ni dah mula intai kete ha ha ha..lepas tu tukar kerja lagi dapat gaji basic RM 1800.00 hinggalah sekarang ..gaji makin naik tetapi selalu tidak cukup ..hmmmmm..kenapa erk...

tetapi inilah hakikat kehidupan manusia ...lumrah...tidak pernah cukup dengan apa yang ada...tetapi apabila aku perhatikan pembantu aku kat opis yang tak ada degre pendapatan yang lebih rendah dari aku(bukan nak hina erk), dia dapat hidup gak dengan selesa..siap da kereta lagi...hebat perbelanjaan dia...mungkin yang gaji sama cam aku ni dapat belajar sesuatu dari staf kita dipejabat...kan kannnn...









Tiada ulasan: